Tak Isytihar Makanan Diharamkan Masuk Australia Selama 3 Tahun

Pelancong daripada Vietnam ini telah dibatalkan Visa masuk ke Australia kerana gagal mengistiharkan makanan yang dibawa masuk ke Asutralia. 

Pelancong daripada Vietnam tersebut membawa masuk 4.6kg daging babi dan puyuh, telur, buah, sotong, pate dan bawang. 

Pihak Imigresen Australia buat PERTAMA KALI mengambil keputusan mengharamkan pelancong Vietnam tersebut memasuki Australia selama 3 tahun. 

Untuk pengetahuan anda, Kad Kemasukan Penumpang (Incoming Passenger Card) diberikan kepada penumpang di dalam pesawat yang menuju ke Australia. Di dalam kad tersebut, pelancong dikehendaki mengistiharkan makanan, bahan haiwan dan bahan tumbuhan yang dibawa masuk ke negara tersebut. 

Anda tidak perlu risau untuk mengistiharkan makanan yang dibawa jika makanan tersebut dilarang masuk , ia akan dimusnahkan tanpa mengambil apa apa tindakan terhadap anda. Hanya istiharkan sahaja di dalam Kad Kemasukan Penumpang yang diberikan kepada anda semasa di dalam pesawat.

Mesti anda tertanya – tanya makanan apa yang boleh dibawa masuk ke Australia ? Melalui pembacaan kami di laman web Jabatan Agrikultur Australia, kebanyakan makanan yang DIPROSES boleh dibawa masuk . Yang penting ada label dan belum dibuka lagi pembungkusannya. Manakala, bahan makanan mentah terhad seperti daging – hanya daging daripada New Zealand sahaja yang dibenarkan dengan syarat-syarat tertentu. Boleh rujuk laman web mereka disini

Sumber : Facebook Australian Biosecurity

Kongsi artikel di :