7 Aktiviti Menarik di Pulau Perhentian
Pulau Perhentian merupakan antara pulau percutian yang terkenal di Malaysia . Pulau Perhentian terbahagi kepada dua iaitu Pulau Perhentian Besar dan Pulau Perhentian Kecil.
Jika anda mempunyai bajet yang terhad, anda boleh pilih resort atau chalet di Pulau Perhentian Kecil. Resort/ chalet yang murah di Pulau Perhentian Kecil merupakan backpackers style chalet (Long beach). Ada sesetengah chalet hanya menyediakan kipas sahaja dalam bilik penginapan. Antara resort yang best dan family friendly di Pulau Perhentian Kecil seperti Shari La Resort, Mimpi Resort, Bubu Long Beach Resort.
Ramai tertanya – tanya aktiviti apa yang menarik boleh dilakukan di Pulau Perhentian. Jom sambung baca dibawah.
Snorkeling
Snorkeling merupakan aktivti wajib bagi pelancong yang berkunjung ke Pulau Perhentian. Terdapat beberapa point yang menarik untuk anda lakukan aktiviti snorkeling seperti Turtle Beach, Shark Point, Turtle Point, Fish Point, Coral Garden dan pelbagai lagi.
Hiking ke Kincir Angin D’ Lagoon
Di Pulau Perhentian Kecil terletaknya stesen Janakuasa Hibrid PERTAMA DI ASIA iaitu Kincir Angin D’ Lagoon yang berfungsi membekalkan tenaga eletrik ke seluruh penduduk di Pulau Perhentian.
Untuk kesini, anda perlu menaiki anak tangga selangkah demi selangkah hingga sampai ke puncak. Kepenatan anda terbayar apabila dapat melihat seluruh kawasan Pulau Perhentian.
Menonton Fire Show di Long Beach
Inilah saat yang anda tunggu selepas penat snorkeling di sekeliling Pulau Perhentian seharian suntuk. Jika anda berada di kawasan Long Beach atau mana – mana sahaja di Pulau Perhentian, WAJIB TONTON FIRE SHOW !
Selepas anda menikmati hidangan makan malam di restauran ataupun selepas Dinner BBQ , jom lepak di Long Beach.
Menyaksikan hidupan laut seperti Penyu dan Jerung
Bukan selalu dapat melihat hidupan laut seperti Penyu dan Jerung ini. Tengah snorkeling terjumpa pula mereka di sebelah anda. Jika ada kamera video Go Pro bolehlah anda bergambar dengan penyu dan jerung.
AWAS !!! Jangan pegang penyu. Anda boleh dikenakan tindakan undang – undang jika memegang penyu.
Melawat pulau pulau kecil di sekitar Pulau Perhentian
Tahukah anda terdapat beberapa pulau di sekitar Pulau Perhentian ini juga.
Antara yang berdekatan adalah Pulau Lang Tengah dan Pulau Rawa.
Eh, pulau Rawa bukan di Mersing, Johor ke ? Pulau Rawa Terengganu dan Pulau Rawa Johor lain okeh ! Jika pergi berkumpulan boleh sewa bot ke Pulau Lang Tengah untuk mencari tempat snorkeling yang kurang pengunjung.
Melawat Perkampungan Nelayan di Pulau Perhentian Kecil
Untuk sedia maklum, makan di resort resort Pulau Perhentian amat mahal. Jika anda mencari makanan yang murah boleh berkunjung ke Perkampungan Nelayan ini. Perkampungan nelayan ini lengkap dengan pelbagai kemudahan asas seperti masjid, kedai runcit, balai polis dan juga sekolah.
Scuba Diving atau Kayak
Jika anda ada kemahiran scuba diving, disyorkan untuk buat aktiviti ini di Pulau Perhentian. Dah bosan dengan aktiviti snorkeling ? Cuba aktiviti berkayak dengan teman anda. Jangan lupa pakai topi & bawa air masak sekali. Panas nanti.